Search This Blog

Friday 31 January 2014

UNTUK SEKARANG INI SAHAJA..SUDAH BANYAK.................


  1. untuk sekarang ini sahaja.,
    sudah banyak perkara yang kita lakukan dengan 'pejam mata'.,
    samada akan perkara yang baik mahupun perkara yang sebaliknya.,

    sekiranya perkara yang dilaksanakan itu baik.,
    pejamkan mata dan terus sahaja lakukannya.,
    apa akan jadi selepas tu belakang kira.,
    walaupun peluang itu kita tahu tetap akan hadir lagi walau tidak diminta atau dilain masa.,

    tapi, sekiranya perkara yang hendak dilaksanakan itu tidak baik.,
    pejamkan mata juga tapi lepaskannya.,
    kerana apa yang akan jadi selepas itu memang perlu diambil kira.,
    walupun kita tahu peluang itu cuma hadir satu kali sementara masih bernyawa sahaja.,

    hek3,
    bukan apa, cuma.,
    dalam sambil-sambil kita 'pejam mata' melakukan sesuatu tu.,
    takut-takut mata kita terpejam terus dan tidak celik-celik lagi macam dahulu.,
    saat itu, apa yang diamalkan semasa mata kita celik sahaja yang akan dijadikan sebagai bekalan untuk dihisabkan.,
    samada akan berkeputusan berat disebelah kiri atau berat disebelah kanan.,

    jadi.,
    'pejam mata' je dulu demi mengejarkan akan kebaikan.,
    'pejam mata' je dulu demi mengelakkan dari keburukan.,
    kerana itulah antara tanda-tanda bahawa hati yang celik sebenarnya.,

    ate, moh kite sama-sama usaha..
    Wallahua'lam
    ^_^

Monday 27 January 2014

^_^

Yup!
Masakan yang paling sedap adalah masakan dari air tangan seorang ibu,

Tapi, 
Pernah tak ada sekali dua tu bila kita makan di luar rumah,
Makanan yang kita makan tu lebih sedap daripada masakan ibu kita di rumah,

Tapi lagi,
Kadang2 tu kita tak tahu pun masa kita makan di luar tu siapa yang memasak,
Boleh jadi tukang masak tu adalah dari air tangan seorang lelaki dan boleh jadi juga dari air tangan seorang perempuan yang juga seorang ibu,

Namun,
Itu bukanlah satu masalahnya,
Cumanya,
Bila kita makan di luar acap kali juga kita terfikir bagaimana caranya mereka memasak?
Bagaimana pula keadaan dapur mereka ketika menyediakan makanan?

Namun lagi,
Bila kita makan masakan ibu kita di rumah,
Segala persoalan2 yang sebegitu tidak lagi bermain di minda kita,
Buka sahaja tudung saji atas meja makan terus ambil pinggan,

Jadi,
Apa yang aku cuba ceritakan disini,
Walaupun kata2 ibu tu kadang kala tidak kena dengan jiwa kita,
Dan walaupun kata2 dari orang lain yang boleh menenang hati dan jiwa kita,

Tapi,
Kata2 ibu itulah yang terbaik untuk anak2nya,
Tak perlu terlalu ragu sampai boleh terjadinya derhaka,
Dengar dan patuh lah segala kata2 dari ibu kita selagi mana tidak lari dari landasan-Nya..
Dan begitu jugalah dengan ayah.Wallahua'lam




Saturday 11 August 2012

puasa dulu baru raya


yay ! lebih kurang seminggu je lagi kita nak beraya,
haha,
hm, ingat lagi tak masa kita kecik-kecik dulu,
kita tak sabar-sabar nak tunggu hari lebaran,
tapi spontan je orang-orang dewasa di sekliling kita kata,
"puasa tak penuh mana boleh raya"
sentap ati teman ni yop,
tak ingat umur berapa tahun masa tu,
tapi dah bole pikir-pikir sikit la walau tak skola lagi,
bila pagi raya yang first tu, uma'aih sugul, tak rasa macam raya,
ada sorang yang datang dekat dan berkata,
"takpe la, tahun depan puasa penuh ye, dah mari makan "
start je dari situ, bila puasa je azam memang kasi penuh,
sebab nak raya punya pasal,
demam tak demam, disuruh makan lari nyorok dalam bilik,
akhir ramadhan dapat habuan,
ok sekarang dah besar, kira besar la jugak sikit,
remaja dah, cuba kita tukarkan sikit,
"macam mana nak rasa nikmat berhari raya kalau kita tak merasakan nikmat berpuasa itu terlebih dahulu"
^_^

Tuesday 29 May 2012

i'm really want it, but i can't have it

wooohoo..kali ni aku nak berjiwang sikit..
lagipun bukannya aku selalu update citer2 dalam blog ni kan..

ok macam mana nak mula ya..
hmm.. kalau korang nak tahu la kan.aku ni serius pemalu orangnya. lagi-lagi kalau dengan perempuan.
tapi itu semua dulu. sekarang aku sudah kurang sikit malunya dengan perempuan. kecuali dengan perempuan yang aku minat atau yang aku tak kenal.
kalau tengok facebook aku ke, twitter aku ke, mesej2 dlm henset aku ke,
serius korang takkan nampak aku ni pemalu. dan korang takkan tahu yang aku ni malu bila korang semua dah lame aku kenal atau aku akan kenal lama dengan korang.
tapi, haha bila aku ni dah lame tak jumpa dengan seseorang tu,
tak kisah la laki atau perempuan, perasaan malu aku tak dapat nak dielakkan lagi walaupun, selalu berhubung di alam maya.. hahaha cukup la ni..

err..pasal apa aku pilih tajuk ni.
sebabnya...
aku memang nak, tapi memang aku tak boleh nak memilikinya.
melainkan bila dah ada ikatan yang sah. betul.?
emm..aku ni memang ramai kawan perempuan yang aku minat.
tapi minat yang hanya sekadar minat. macam yang biasa berlaku pada orang lain juga.
bila kita minat orang lain yang tak minat kita, orang lain yang kita tak minat pula yang minat dekat kita,
dan begitu juga dengan sebaliknya. haha..
tapi aku tak salahkan kalau ada orang yang macam tu. sebab hak dia la nak minat dekat siapa2 pun.
kita siapa nak marah2 kalau orang tu minat dekat sesiapa pun kan.
walaupun kena pada diri kita sendiri. cumanya yang kadang2 buat aku sedikit mejengkelkan bila dia kata kita dengan dia sama2 syok antara satu sama lain dan heboh satu kampung.
padahal dia sorang je.. hahaha.(ckp org, kne sendiri bru pdn muka).

aku ni dari sekolah rendah lagi dah start minat2 dekat orang dah..haha(gatal).
tapi sampai sekarang ni, aku masih pegang rekod bersih tidak pernah ada teman wanita,
kapel2 la kononnya. serius beb aku tak tipu.
mula dari sekolah rendah lagi memang aku mengaku aku minat dekat ramai orang sampai la ke sekolah menengah dan sekarang pun masih lagi silih berganti. tapi macam aku cerita tadi la.
minat hanya sekadar minat. aku mana reti nak luah2 perasaan ni.
tapi aku tahu orang tu akan perasan melalui pergerakan kaku aku.. haha(buat malu je).

ramai jugak yang tak percaya bila aku cakap macam ni.. tapi ada jugak yang percaya..
hahaha ingat aku main2 ke apa.?
dan ramai jugak yang cakap, aku ni jenis cerewet dan suka memilih..
hahaha bagi aku biar lah cerewet2 pon. kalau betul nak bercinta,
baik bercinta yang sampai jadi laki bini yang betul2 kan.
buat apa bercinta sampai hati sakit, tekanan perasaan dan jiwa kacau bagai..
hahaha..bagi aku, lagi best kalau aku terus bercinta sebelah tangan.
orang tu tak tahu pun yang aku suka dan minat dekat dia.
dan buat masa ni hanya sorang je yang dah berjaya menambat hati aku.
tapi aku tahu, yang aku kompom susah nak dapat dekat dia punya.
sebab dia tu memang ramai orang yang minat.
tapi bukan aku kisah pun, aku cuma suka dekat dia je, bukan aku buat teman wanita aku pun, sampai nak jeles2 kalau ada orang lain suka jugak dekat dia ke, sampai nak kongkong dia jangan sembang dengan orang lain sebab dia tu dah ada pakwe misalnya..hahaha..
ape la sakainya. baru jadi pakwe makwe yop, dah macam tu, gaduh sana sini, pendam dendam sana sini, kalau aku tak dapat orang lain pun boleh dapat, hahaha.. itu ngok namenye yop..
tapi nak kata macam mana, memang itu lah yang banyak berlakunya zaman sekarang ni kan.?
dan itu lah sebabnya aku ni tak pernah mengalami alam cintan cintun macam orang2 lain, bukan aku taknak, tapi benda tu memang tak boleh, dan aku ni memang tak reti pun..hahaha.
kalau dah suka sama suka pergi la masuk minang sana..

hahaha..kejap je dah panjang kan.. meh sambung lagi..
dalam banyak2 perempuan yang aku minat ni kan, bukan aku men bedal je nak minat2.
bengong la namanya tu.
mula2 yang buat aku minat bila kali pertama aku tengok rupanya yang dapat aku rasakan dia ni baik akhlaknya.
lepas tu tengok pula pada tingkah lakunya dengan lelaki dan perempuan, ligat atau sebaliknya.. ataupun, seteng2/sedang2, tak rancak tak malu la..
tu pun tengok la kalau aku tertambat ke tak.haha.(bila taip tgh2 mlm memang gini la, poyonya tu memang nampak la)tapi takpe la..
aku biasanya akan pilih yang terbaik dari kalangan yang terbaik, (saringan le kononye) haha.
bila da ada pakwe, aku tolak. bila tahu macam mana dia yang sebetulnya, aku tolak.
tapi bende nie semua hanya dalam minda aku je, takde la heboh2 siapa yg aku minat,
siapa yang aku suka, siapa yang aku tak suka, orangnya tu kan.

haa da panjang lebar cerita pasal aku ni macam mana, sekarang amik satu kisah cerita lak.
ada la satu hari tu, tiba2 aku tengh jalan2 dengan kawan2,
ada la aku perasan sorang perempuan tu, perh.! terpukau sejenak, macam jatuh cinta pandang pertama la kononnye,
err jantung tu, jantung masa tu memang da macam motorbot lah..haha..
aku usha dia, dia usha aku balik kot,(perasan)atau dia usha kawan2 aku yg lain,
jadi aku pon apa lagi buat dono balik la.. haha.
tapi tak lama lepas tu, time tu aku tengah jalan sorang2, tibe2 aku nampak dia lagi sekali,
kali ni aku memang pandang dia terus, dah tak pasal2 dia pelik..keh3 kesian..
lepas tu...dah la kan..

esok2nya pulak, aku cube lagi nak cari dia, tapi aku tak jumpa, laa sekali rupe2nya dah dpn mata, haha, memang aku cepat2 blah la dari situ. ada bnyak kali la jugak aku selisih dengan dia,
perh! mata pandang ke tempat lain terus, ntah apa yg aku malu sgt pun aku tak tahu..haha..
tapi sampai sekarang aku masih malu lagi dengan dia walau da pernah bersembang sekali dulu.. dan aku dah kata kan awal2 tadi, aku memang malu, tapi memang aku mahu, namun hanya aku seorang sahaja yang tahu, dan dia takkan atau mungkin dapat tahu, siapa tahu.? haha

err, bole je kalau aku nak luahkan, tapi aku taknak letak harapan, dan aku taknak dia juga berharap, jadi biarlah hanya berharap atas angin je, cume kalau ada tu, jemput2 la makan nasik minyak bila2 nanti ye, hahaha., tapi tak tahu la siapa perempuannya tu kan, harap2nya si dia tu la.. :)


malam-malam tengok bulan,,
xnmpak bulan.?
mungkin tersorok di balik awan,,

petang-petang selalu jugak hujan,,
kenapa hujan.?
itu lah tanda rahmat tuhan,,

iye, mungkin kadang kita xsedar,,
kenapa xsedar.?
mungkin sebab sukar utk kita lihat dgn mata kasar,,

tapi, hakikatnya kita dan dia sendiri pun tahu,,
kenapa xnak mengaku.?
mungkin sebab malu,,

ada akal, ada mata hati,,
gunakan lah sebaik-baiknya nkmat yg diberi,,
jgn biar org lain disakiti,,
jgn biar diri dicaci,,
baik-baik jaga harga diri,,

biar org kate ketinggalan zaman,,
kita tahu dgn kita sendiri punya segan,,
kerna biar malu biar segan itu perisai org beriman,,

- nah amik ayat jiwang beserta nasihat satu,,
wuhuuu :)

Sunday 22 January 2012

masa silam yang dikenang, masa sekarang yang dicanang, dan masa depan yang dirancang

Pepatah melayu ada menyebut 'dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung'
maksudnye, menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal,

Dulu aku ingat lagi masa bersekolah rendah, rasanya macam xsabar je nk habis, nak masuk sekolah menengah,
tp bila dah masuk sekolah menengah baru aku tahu betapa beza nya suasananya, rasa macam nak patah balik je zaman sekolah rendah dulu, tapi hari demi hari, bulan demi bulan, hingga la tahun demi tahun, rupa2nya best pulak sekolah menengah ni, rase macam xnak habis kn je bile da masuk ting5, tp sementara nk habis sekolah dulu, aku terus terang, aku paling x suke pergi sekolah, malas yang teramat, sampaikan macam2 aku buat, peraturan pun endah tak endah je, agak boleh aku ikut, aku ikut la, agak macam berat sangat aku lantakkan je la., sampaikan aku rase menyampah dgn tempat2 sekelilingnye sekali,(xyah xcter la kat mane), hingga la satu hari tu aku kne bu..... dr asrama, aku menyesal giler time tu, nak patah balik dah xboleh dah, memang mase tu kenangan manis la yang jadi teman aku sepanjang nak dpt sekolah d tempat lain.
Akhirnye ad jugak sekolah yg sudi terima aku, aku memang rase terhutang budi giler2 la, time tu aku memang nekad nk buktikan aku siapa yang sebenarnye, aku nk buktikan pada yg telah pndang hina dan sinis pada aku sebelum nie.

Masa aku kat sekolah baru tu, kawan2 semua ok, aku terpaksa la tipu dorang, aku kate aku masuk sini sebab nak amik tution, tapi bila ad cikgu yang tnya aku jwb jujur, ad sesekali bila hujun minggu aku keluar pergi ke perpustakaan untuk blajar sama2 dgn rakan2 yang dulunya seangkatan dgn aku, dan ad sorang rakan bertanya pada aku. "ko masih igt lg sekolah lame x?" aku jawab "mestilah aku igt, tp da xde la macam dulu2, 70% untuk sekolah aku sekaran dan 30% untuk sekolah yang dulu, ko macam mane lak?"
"aku pun lebih kurang macam ko jugak la" jwab kawan aku,

Walaupun sekolah baru aku tu ramai yang tak tahu, walau sekolah tu jauh dari orang, tp aku tetap bangga dengan sekolah aku pada masa tu, lantak la orang nk kata ape, aku sayang sekolah aku, walau aku hanye menumpang skejap je kat situ untuk SPM. Sebab aku xnk jd macam dulu, disebabkan ego, aku kne buang, pdan la muke kan,

Bila result SPM kluar, spm aku, aku rase memang teruk gile la, tp, xde la teruk macam yang disangka2 kan, rupenye ramai yg lebih kurang je resultnye yg macam aku dan rakan2 aku yang tuuttt dulu.
Pada masa tu, aku merasakan kalau la aku stay je kat situ, mungkin aku xkan sedar sampai ke tua, terima kasih jugak la kepada pengetuanya. hek3..
Sementara aku tunggu result kluar, aku dah pun merasa hidup dan belajar di kolej swasta separa kerajaan di melaka, macam2 pengalaman yang aku dapat.

Kemudian, aku keluar dan masuk semula ke sekolah yang berdekatan dengan sekolah ku yg dulu, aku ambil STPM, tp xlama, aku ditawarkan masuk politeknik di pahang. dan sementara aku ambil STPM, ada juga kawn aku yang lain menanyakan lagi soalan yang lebih kurang samanya dengan soalan yang pernah aku dapat sebelum ini, "ko sambung mana sekaran?" aku jwb "aku ambil STPM" dye tnye lagi, "ko masih igt lagi sekolah dulu?" aku jwb "mestilah igt, mana boleh lupa, kenangan blambak kat situ, tp aku nak kurangkn, sbab aku nk syang sekolah baru aku yang sekarang ni macam sekolah aku yang sebelum ni".

Kini, aku berada di politeknik, aku rasa benda yang sama jugak, rasa macam nak keluar je, sbb malas, tp, bila mengenangkan balik apa yang dah aku lalui selama ni, aku akan sayang tempat aku berpijak walau dekat mana pun aku berada, dan itulah maksud 'dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung' dalam diri aku.

Dan untuk masa depan aku dah rancang apa aku nak jadi lepas aku buat kesimpulan dalam perjalanan hidup aku nie, jadi xjadi tu terserah la..

Untuk korang pulak, pikir2kan la semula kalau korang xsuke dengan tempat yang korang berada sekarang.
jgn jd macam aku yang mmacam biss kutt kjap wujud, kejap hilang. hahahaha

Sunday 25 December 2011

kali aku ber blog pula. haha

em,
assalamualaikum la semua,
aku baru belajar2 nk blog,
nnt2 la aku ubah2 dr semasa ke samasa,
lebeyh kurang mcm diari je kan  blog ni,
cumenya kita taip. hehe. ")