Search This Blog

Tuesday 29 May 2012

i'm really want it, but i can't have it

wooohoo..kali ni aku nak berjiwang sikit..
lagipun bukannya aku selalu update citer2 dalam blog ni kan..

ok macam mana nak mula ya..
hmm.. kalau korang nak tahu la kan.aku ni serius pemalu orangnya. lagi-lagi kalau dengan perempuan.
tapi itu semua dulu. sekarang aku sudah kurang sikit malunya dengan perempuan. kecuali dengan perempuan yang aku minat atau yang aku tak kenal.
kalau tengok facebook aku ke, twitter aku ke, mesej2 dlm henset aku ke,
serius korang takkan nampak aku ni pemalu. dan korang takkan tahu yang aku ni malu bila korang semua dah lame aku kenal atau aku akan kenal lama dengan korang.
tapi, haha bila aku ni dah lame tak jumpa dengan seseorang tu,
tak kisah la laki atau perempuan, perasaan malu aku tak dapat nak dielakkan lagi walaupun, selalu berhubung di alam maya.. hahaha cukup la ni..

err..pasal apa aku pilih tajuk ni.
sebabnya...
aku memang nak, tapi memang aku tak boleh nak memilikinya.
melainkan bila dah ada ikatan yang sah. betul.?
emm..aku ni memang ramai kawan perempuan yang aku minat.
tapi minat yang hanya sekadar minat. macam yang biasa berlaku pada orang lain juga.
bila kita minat orang lain yang tak minat kita, orang lain yang kita tak minat pula yang minat dekat kita,
dan begitu juga dengan sebaliknya. haha..
tapi aku tak salahkan kalau ada orang yang macam tu. sebab hak dia la nak minat dekat siapa2 pun.
kita siapa nak marah2 kalau orang tu minat dekat sesiapa pun kan.
walaupun kena pada diri kita sendiri. cumanya yang kadang2 buat aku sedikit mejengkelkan bila dia kata kita dengan dia sama2 syok antara satu sama lain dan heboh satu kampung.
padahal dia sorang je.. hahaha.(ckp org, kne sendiri bru pdn muka).

aku ni dari sekolah rendah lagi dah start minat2 dekat orang dah..haha(gatal).
tapi sampai sekarang ni, aku masih pegang rekod bersih tidak pernah ada teman wanita,
kapel2 la kononnya. serius beb aku tak tipu.
mula dari sekolah rendah lagi memang aku mengaku aku minat dekat ramai orang sampai la ke sekolah menengah dan sekarang pun masih lagi silih berganti. tapi macam aku cerita tadi la.
minat hanya sekadar minat. aku mana reti nak luah2 perasaan ni.
tapi aku tahu orang tu akan perasan melalui pergerakan kaku aku.. haha(buat malu je).

ramai jugak yang tak percaya bila aku cakap macam ni.. tapi ada jugak yang percaya..
hahaha ingat aku main2 ke apa.?
dan ramai jugak yang cakap, aku ni jenis cerewet dan suka memilih..
hahaha bagi aku biar lah cerewet2 pon. kalau betul nak bercinta,
baik bercinta yang sampai jadi laki bini yang betul2 kan.
buat apa bercinta sampai hati sakit, tekanan perasaan dan jiwa kacau bagai..
hahaha..bagi aku, lagi best kalau aku terus bercinta sebelah tangan.
orang tu tak tahu pun yang aku suka dan minat dekat dia.
dan buat masa ni hanya sorang je yang dah berjaya menambat hati aku.
tapi aku tahu, yang aku kompom susah nak dapat dekat dia punya.
sebab dia tu memang ramai orang yang minat.
tapi bukan aku kisah pun, aku cuma suka dekat dia je, bukan aku buat teman wanita aku pun, sampai nak jeles2 kalau ada orang lain suka jugak dekat dia ke, sampai nak kongkong dia jangan sembang dengan orang lain sebab dia tu dah ada pakwe misalnya..hahaha..
ape la sakainya. baru jadi pakwe makwe yop, dah macam tu, gaduh sana sini, pendam dendam sana sini, kalau aku tak dapat orang lain pun boleh dapat, hahaha.. itu ngok namenye yop..
tapi nak kata macam mana, memang itu lah yang banyak berlakunya zaman sekarang ni kan.?
dan itu lah sebabnya aku ni tak pernah mengalami alam cintan cintun macam orang2 lain, bukan aku taknak, tapi benda tu memang tak boleh, dan aku ni memang tak reti pun..hahaha.
kalau dah suka sama suka pergi la masuk minang sana..

hahaha..kejap je dah panjang kan.. meh sambung lagi..
dalam banyak2 perempuan yang aku minat ni kan, bukan aku men bedal je nak minat2.
bengong la namanya tu.
mula2 yang buat aku minat bila kali pertama aku tengok rupanya yang dapat aku rasakan dia ni baik akhlaknya.
lepas tu tengok pula pada tingkah lakunya dengan lelaki dan perempuan, ligat atau sebaliknya.. ataupun, seteng2/sedang2, tak rancak tak malu la..
tu pun tengok la kalau aku tertambat ke tak.haha.(bila taip tgh2 mlm memang gini la, poyonya tu memang nampak la)tapi takpe la..
aku biasanya akan pilih yang terbaik dari kalangan yang terbaik, (saringan le kononye) haha.
bila da ada pakwe, aku tolak. bila tahu macam mana dia yang sebetulnya, aku tolak.
tapi bende nie semua hanya dalam minda aku je, takde la heboh2 siapa yg aku minat,
siapa yang aku suka, siapa yang aku tak suka, orangnya tu kan.

haa da panjang lebar cerita pasal aku ni macam mana, sekarang amik satu kisah cerita lak.
ada la satu hari tu, tiba2 aku tengh jalan2 dengan kawan2,
ada la aku perasan sorang perempuan tu, perh.! terpukau sejenak, macam jatuh cinta pandang pertama la kononnye,
err jantung tu, jantung masa tu memang da macam motorbot lah..haha..
aku usha dia, dia usha aku balik kot,(perasan)atau dia usha kawan2 aku yg lain,
jadi aku pon apa lagi buat dono balik la.. haha.
tapi tak lama lepas tu, time tu aku tengah jalan sorang2, tibe2 aku nampak dia lagi sekali,
kali ni aku memang pandang dia terus, dah tak pasal2 dia pelik..keh3 kesian..
lepas tu...dah la kan..

esok2nya pulak, aku cube lagi nak cari dia, tapi aku tak jumpa, laa sekali rupe2nya dah dpn mata, haha, memang aku cepat2 blah la dari situ. ada bnyak kali la jugak aku selisih dengan dia,
perh! mata pandang ke tempat lain terus, ntah apa yg aku malu sgt pun aku tak tahu..haha..
tapi sampai sekarang aku masih malu lagi dengan dia walau da pernah bersembang sekali dulu.. dan aku dah kata kan awal2 tadi, aku memang malu, tapi memang aku mahu, namun hanya aku seorang sahaja yang tahu, dan dia takkan atau mungkin dapat tahu, siapa tahu.? haha

err, bole je kalau aku nak luahkan, tapi aku taknak letak harapan, dan aku taknak dia juga berharap, jadi biarlah hanya berharap atas angin je, cume kalau ada tu, jemput2 la makan nasik minyak bila2 nanti ye, hahaha., tapi tak tahu la siapa perempuannya tu kan, harap2nya si dia tu la.. :)


malam-malam tengok bulan,,
xnmpak bulan.?
mungkin tersorok di balik awan,,

petang-petang selalu jugak hujan,,
kenapa hujan.?
itu lah tanda rahmat tuhan,,

iye, mungkin kadang kita xsedar,,
kenapa xsedar.?
mungkin sebab sukar utk kita lihat dgn mata kasar,,

tapi, hakikatnya kita dan dia sendiri pun tahu,,
kenapa xnak mengaku.?
mungkin sebab malu,,

ada akal, ada mata hati,,
gunakan lah sebaik-baiknya nkmat yg diberi,,
jgn biar org lain disakiti,,
jgn biar diri dicaci,,
baik-baik jaga harga diri,,

biar org kate ketinggalan zaman,,
kita tahu dgn kita sendiri punya segan,,
kerna biar malu biar segan itu perisai org beriman,,

- nah amik ayat jiwang beserta nasihat satu,,
wuhuuu :)