Search This Blog

Friday 31 January 2014

UNTUK SEKARANG INI SAHAJA..SUDAH BANYAK.................


  1. untuk sekarang ini sahaja.,
    sudah banyak perkara yang kita lakukan dengan 'pejam mata'.,
    samada akan perkara yang baik mahupun perkara yang sebaliknya.,

    sekiranya perkara yang dilaksanakan itu baik.,
    pejamkan mata dan terus sahaja lakukannya.,
    apa akan jadi selepas tu belakang kira.,
    walaupun peluang itu kita tahu tetap akan hadir lagi walau tidak diminta atau dilain masa.,

    tapi, sekiranya perkara yang hendak dilaksanakan itu tidak baik.,
    pejamkan mata juga tapi lepaskannya.,
    kerana apa yang akan jadi selepas itu memang perlu diambil kira.,
    walupun kita tahu peluang itu cuma hadir satu kali sementara masih bernyawa sahaja.,

    hek3,
    bukan apa, cuma.,
    dalam sambil-sambil kita 'pejam mata' melakukan sesuatu tu.,
    takut-takut mata kita terpejam terus dan tidak celik-celik lagi macam dahulu.,
    saat itu, apa yang diamalkan semasa mata kita celik sahaja yang akan dijadikan sebagai bekalan untuk dihisabkan.,
    samada akan berkeputusan berat disebelah kiri atau berat disebelah kanan.,

    jadi.,
    'pejam mata' je dulu demi mengejarkan akan kebaikan.,
    'pejam mata' je dulu demi mengelakkan dari keburukan.,
    kerana itulah antara tanda-tanda bahawa hati yang celik sebenarnya.,

    ate, moh kite sama-sama usaha..
    Wallahua'lam
    ^_^

Monday 27 January 2014

^_^

Yup!
Masakan yang paling sedap adalah masakan dari air tangan seorang ibu,

Tapi, 
Pernah tak ada sekali dua tu bila kita makan di luar rumah,
Makanan yang kita makan tu lebih sedap daripada masakan ibu kita di rumah,

Tapi lagi,
Kadang2 tu kita tak tahu pun masa kita makan di luar tu siapa yang memasak,
Boleh jadi tukang masak tu adalah dari air tangan seorang lelaki dan boleh jadi juga dari air tangan seorang perempuan yang juga seorang ibu,

Namun,
Itu bukanlah satu masalahnya,
Cumanya,
Bila kita makan di luar acap kali juga kita terfikir bagaimana caranya mereka memasak?
Bagaimana pula keadaan dapur mereka ketika menyediakan makanan?

Namun lagi,
Bila kita makan masakan ibu kita di rumah,
Segala persoalan2 yang sebegitu tidak lagi bermain di minda kita,
Buka sahaja tudung saji atas meja makan terus ambil pinggan,

Jadi,
Apa yang aku cuba ceritakan disini,
Walaupun kata2 ibu tu kadang kala tidak kena dengan jiwa kita,
Dan walaupun kata2 dari orang lain yang boleh menenang hati dan jiwa kita,

Tapi,
Kata2 ibu itulah yang terbaik untuk anak2nya,
Tak perlu terlalu ragu sampai boleh terjadinya derhaka,
Dengar dan patuh lah segala kata2 dari ibu kita selagi mana tidak lari dari landasan-Nya..
Dan begitu jugalah dengan ayah.Wallahua'lam