Search This Blog

Monday 27 January 2014

^_^

Yup!
Masakan yang paling sedap adalah masakan dari air tangan seorang ibu,

Tapi, 
Pernah tak ada sekali dua tu bila kita makan di luar rumah,
Makanan yang kita makan tu lebih sedap daripada masakan ibu kita di rumah,

Tapi lagi,
Kadang2 tu kita tak tahu pun masa kita makan di luar tu siapa yang memasak,
Boleh jadi tukang masak tu adalah dari air tangan seorang lelaki dan boleh jadi juga dari air tangan seorang perempuan yang juga seorang ibu,

Namun,
Itu bukanlah satu masalahnya,
Cumanya,
Bila kita makan di luar acap kali juga kita terfikir bagaimana caranya mereka memasak?
Bagaimana pula keadaan dapur mereka ketika menyediakan makanan?

Namun lagi,
Bila kita makan masakan ibu kita di rumah,
Segala persoalan2 yang sebegitu tidak lagi bermain di minda kita,
Buka sahaja tudung saji atas meja makan terus ambil pinggan,

Jadi,
Apa yang aku cuba ceritakan disini,
Walaupun kata2 ibu tu kadang kala tidak kena dengan jiwa kita,
Dan walaupun kata2 dari orang lain yang boleh menenang hati dan jiwa kita,

Tapi,
Kata2 ibu itulah yang terbaik untuk anak2nya,
Tak perlu terlalu ragu sampai boleh terjadinya derhaka,
Dengar dan patuh lah segala kata2 dari ibu kita selagi mana tidak lari dari landasan-Nya..
Dan begitu jugalah dengan ayah.Wallahua'lam




No comments:

Post a Comment